December 18, 2012

PENGERTIAN TAKWA

Assalamualaikum...


TAKWA : TAKUT TETAPI RINDU adalah buku bacaan agama aku yang pertama setelah tiga semester berada di universiti ini. Biasanya aku hanya pinjam buku novel melayu tak pun buku subject aku dari cais. Hari ini terdetik di hatiku mahu membaca buku agama. InshaaALLAH. Diharap peminjaman buku agama ini akan berterusan dari hari ke hari. Jika ada kelapangan aku akan menambah ilmuku terhadap agama ISLAM yang kusayangi. Bukan mahu riak tetapi mahu perubahan berlaku terhadapku insan sekerdilku ni. Ilmu yang secebis ini akan kutambah. 

Ini adalah cebisan-cebisan apa yang ku baca dari buku ini berkaitan dengan takwa.

  • Ali bin Abu Talib menegaskan, " Takwa itu ialah meninggalkan daripada melakukan maksiat dan tidak tergoda dengan rasa sudah baik mengerjakan ketaatan".
  • Ibnu Abbas menyatakan , " Orang yang bertakwa itu adalah mereka yang takut dalam keadaan berwaspada daripada balasan ALLAH dengan meninggalkan apa yang didorong oleh hawa nafsu kepadanya, dan mengharapkan rahmat ALLAH dengan percaya kepada apa-apa yang datang daripadanya". 
  • Al-Hasan menegaskan, " Takwa itu ialah menjaga diri daripada yang diharamkan dan menunaikan yang diwajibkan".
  • Al-Tobari menegaskan, " Takwa ialah takutkan ALLAH. Sekiranya melakukan tegahannya lalu meninggalkannya, dan takutkan ALLAH pada perintahnya dalam perkara yang diwajibkan lalu menunaikannya.   



* p/s : aku inginkan perubahan pada diriku sendiri...

No comments:

Post a Comment