Assalamualaikum...
Aku hanya insan yang kerdil
Aku pernah melakukan kesalahan
Aku pernah tersilap berkata-kata
(terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya)
Jika perkataan yang ditutur darimu sebegitu terhadapku
Lebih baik aku berdiam diri
Sekiranya aku boleh tutup telinga kanan tutup telinga kiri
Aku akan lakukan
Aku tidak akan suka pada "Pak Pertelingkahan"
Lebih baik sakit didalam daripada diluahkan kepada orang lain
Nanti orang akan fikir diri kita ini lain pulak
Lagi banyak bercakap lagi akan membuatkan hatiku sakit
Aku keliru kini
Siapa yang baik?
Siapa yang jahat?
Siapa kawan?
Siapa lawan?
Adakah dia gunting didalam lipatan?
Jika kamu ingin menghakimi aku
Dipersilakan...jika itu yang kamu mahu dariku
Aku tahu
Tak menentu perasaanku
Jika kamu tidak ingin menjemputku
Hatiku boleh berkata tidak mengapa
Be positive think
Mungkin inilah lumrah duniawi
Berkata benarlah wahai manusia
Di sini kejujuran sangat diperlukan selalu disampingku
Jangan diperkotakkatikkan apa yang berlaku
Ia akan merumitkan lagi suasana
Aku sentiasa diambang kehambaran
Jangan suka mempermainkan perasaan orang lain
Aku tidak tahu
Aku dipersimpangan
Aku tersepit
Jangan mengelirukanku lagi
P/S : aku hanya insan biasa.
No comments:
Post a Comment