November 9, 2013

Lelaki mesti tahu !!!!



Assalammualaikum...


Dunia ini penuh dengan manusia tidak kira kaum, berbilang agama, usia, taraf kehidupan, dan sebagainya... Setiap individu berhak berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira dengan lelaki sesama lelaki, perempuan sesama perempuan ataupun lelaki sesama perempuan... Namun begitu, pergaulan dan berkawan antara perempuan dengan lelaki selalunya tidak boleh menjadi kawan rapat... Kamu tahu apa sebabnya?
Hal ini kerana di dalam hati setiap perempuan akan menyukai seorang  lelaki yang prihatin terhadap dirinya. Tambah-tambah lagi jika lelaki tersebut seorang yang caring, baik, prihatin, tak handsome tak mengapa tetapi berwajah manis, pandai berjenaka @ suka bergurau, soleh/ selalu bersujud ke hamparan kain sejadah...Ini semua ciri-ciri aku rasanya...hehehe..tapi kaum lelaki perlu tahu bahawa  perempuan menyukai lelaki yang ambil berat dan prihatin terhadap dirinya... Satu hal lagi yang perlu korang tahu bahawa jaga batas-batas sesama bukan muhrim bagi mengelakkan fitnah dan sebagainya...

Kaum lelaki yang diluar sana tuh...jadi lah seorang yang caring...jika tidak tak akan adanye berlaku kes dera di dunia ini..inshaALLAH...kes-kes seperti itu akan berkurangan dan dunia akan menjadi aman dan tenteram.

Tak ada motif apa-apa aku karang blog ni...hanya untuk santapan mata blogger, audien, penonton..hehehe...Semoga dimanfaatkan kepada diri masing-masing..





November 4, 2013

GALAU



Assalamualaikum...

Pergerakan menunjukkan perlakuan seseorang. Pandang kiri pandang kanan. Langkah ke sini ke sana. Hati tak keruan. Setiap derap bunyi tapak kaki adalah langkah yang berbeda. Ia membawa makna. Berdiam diri lebih baik daripada berkata-kata yang boleh memberi penekanan terhadap sesuatu yang tidak pasti. Apa yang berlaku dalam kehidupan sehari-harian adalah kehendak kita sendiri. Tingkah laku yang tidak enak dan tidak menyenangkan adalah tidak disukai oleh semua orang.


" Manusia yang paling malang adalah manusia yang menyembunyikan keburukan diri tetapi sibuk mencanang kan keburukan orang dan sentiasa berasakan dirinya lebih baik daripada orang lain "  
                                                                                                                -Prof. Dr. Muhaya Mohamad

sABAr iTu sEPARUh dARi iMAn , kEEp cALm aNd rEMEMBEr ALLAH : TuDuNg vs ShAwL

sABAr iTu sEPARUh dARi iMAn , kEEp cALm aNd rEMEMBEr ALLAH : TuDuNg vs ShAwL: Assalamualaikum.... Bila kita sudah bertudung namun tetapi adakah kita tahu dan tidak tahu bahawa cara pemakaian tudung atau shawl adala...

TuDuNg vs ShAwL



Assalamualaikum....

Bila kita sudah bertudung namun tetapi adakah kita tahu dan tidak tahu bahawa cara pemakaian tudung atau shawl adalah salah mengikut kehendak syarak yang termaktub dalam agama ISLAM ?

Antara kesilapan muslimah yang bertudung atau memakai shawl :


  • Bertudung tetapi tidak menutup bahagian dada.
  • Bertudung tetapi lengan baju singkat ketat.
  • Bertudung tetapi memakai jeans menampakkan bentuk betis dan peha.
  • Bertudung tetapi baju jarang, nipis, dan tidak menutup punggung.
  • Bertudung tetapi tidak menjaga akhlak pada diri sendiri.
  • Bertudung tetapi kadang-kadang pakai, kadang-kadang tak pakai (tak menentu).
  • Bertudung tetapi tidak pakai sarung lengan apabila memakai baju berlengan pendek.
  • Bertudung tetapi berlebihan dalam bersolek untuk bertujuan menunjuk dan mempamerkan kepada bukan muhrimnya.
  • Bertudung tetapi suka mengata, mengutuk dan menghina orang yang dia tidak suka (jaga tepi kain orang).
  • Bertudung tetapi tidak solat lima waktu sehari semalam yang wajib dilakukan oleh setiap muslim.
  • Bertudung tetapi tidak suka mendengar ilmu agama seperti ceramah dan majlis ilmu. 


Astagfirullahal'azim...

Indahnya bertudung dan memakai shawl jika mengikut kehendak syarak dalam agama Islam. Bertudung adalah lambang keperibadian diri sendiri. 


# p/s untuk diri sendiri : penghijrahan adalah lebih baik dari tidak berganjak dari kawasan tersebut. Try to be the best in the my world. InshaALLAH. Lakukan sesuatu dengan slow-slow dan jangan terlalu mendadak....

Wallahu A'lam

November 3, 2013

Suka atau tidak suka

Assalamualaikum...


Manusia adalah seorang insan yang sempurna selain dari segi fizikal mahupun dari segi rohani. Manusia telah dianugerahkan dengan pancaraindera yang sangat unik. Deria rasa, deria bau, deria sentuhan, deria penglihatan, dan deria pendengar adalah lima daripada jenis-jenis pancaindera. Pancaindera digunakan untuk menangkap rangsangan dan memberi respon terhadap sesuatu yang berlaku di sekeliling kita yang normal. Kita haruslah menghargai dan menggunakan dengan sebaik-baiknya pancaindera selagi kita bernyawa di dunia ini. 


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA.
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN.
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG.
Belajar MENANGIS dari satu KEBAHAGIAAN.
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN.