October 16, 2012

Ujian kepada hamba Nya...

Assalamualikum...

Setiap manusia diuji oleh ALLAH dengan pelbagai cara...Aku pun tidak terlepas ujian dari ALLAH...Aku harap aku dapat menempuh ujian ini...Aku percaya bahawa ALLAH sentiasa berada di sisi aku ketika aku susah dan senang...ALLAH adalah teman aku yang paling setia di sisi hamba nya ini walaupun hambanya ini lemah...Hati aku selembut-lembut kain kapas atau kain sutera...Aku sentiasa belajar bersabar dari semua sisi...

Aku belajar dari sekeliling aku untuk menjadikan aku hamba yang bersabar...Bersabar dari pada semua aspek...Insyaallah...Aku sedang praktis...Aku belajar dari bawah...Cemuhan, tomahan dan omelan orang terhadap ku, Aku jadikan penguat terhadap hati dan diri ku...Aku akan berusaha sedaya upaya....Insyaallah...Tiada yang mustahil di dunia ini...Kalau orang lain boleh tahan dengan sikap or sifat sabar...kenape tidak aku? Jadi, tu aku jadikan inspirasi...Dan aku tidak mahu aku hidup tanpa matlamat...tanam benih matlamat tersebut di atas tanah gambut yang subur...Insyaallah...Benih tersebut akan menjadi pokok yang subur dan rendang...Akan aku siram pokok tersebut setiap hari sehingga dapat menuai buah nye...hehehe

p/s: "ALLAH sentiasa di sisi hamabanya"  ^______^

No comments:

Post a Comment