Cara-cara menahan diri daripada sifat amarah.
1. Melatih diri bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa-apa masalah.
2. Menguatkan jiwa @ hati ketika hendak marah.
3. Meminta perlindungan kepada Allah Ta'ala daripada syaitan yang direjam.
4. Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukan dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tndakan atas amarahnya.
5. Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yang telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda.
6. Mengambil air wuduk. Dapat menghilangkan api kemarahan melalui air dengan izin ALLAH Ta'ala.
Insyaallah, aku akan amalkan cara-cara ini bagi mengubah diriku...
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
No comments:
Post a Comment