November 4, 2013

TuDuNg vs ShAwL



Assalamualaikum....

Bila kita sudah bertudung namun tetapi adakah kita tahu dan tidak tahu bahawa cara pemakaian tudung atau shawl adalah salah mengikut kehendak syarak yang termaktub dalam agama ISLAM ?

Antara kesilapan muslimah yang bertudung atau memakai shawl :


  • Bertudung tetapi tidak menutup bahagian dada.
  • Bertudung tetapi lengan baju singkat ketat.
  • Bertudung tetapi memakai jeans menampakkan bentuk betis dan peha.
  • Bertudung tetapi baju jarang, nipis, dan tidak menutup punggung.
  • Bertudung tetapi tidak menjaga akhlak pada diri sendiri.
  • Bertudung tetapi kadang-kadang pakai, kadang-kadang tak pakai (tak menentu).
  • Bertudung tetapi tidak pakai sarung lengan apabila memakai baju berlengan pendek.
  • Bertudung tetapi berlebihan dalam bersolek untuk bertujuan menunjuk dan mempamerkan kepada bukan muhrimnya.
  • Bertudung tetapi suka mengata, mengutuk dan menghina orang yang dia tidak suka (jaga tepi kain orang).
  • Bertudung tetapi tidak solat lima waktu sehari semalam yang wajib dilakukan oleh setiap muslim.
  • Bertudung tetapi tidak suka mendengar ilmu agama seperti ceramah dan majlis ilmu. 


Astagfirullahal'azim...

Indahnya bertudung dan memakai shawl jika mengikut kehendak syarak dalam agama Islam. Bertudung adalah lambang keperibadian diri sendiri. 


# p/s untuk diri sendiri : penghijrahan adalah lebih baik dari tidak berganjak dari kawasan tersebut. Try to be the best in the my world. InshaALLAH. Lakukan sesuatu dengan slow-slow dan jangan terlalu mendadak....

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment