January 1, 2013

AZAM TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum...


Tahun baru 2013 akan menjelang. Aku sebegini rupa. Aku tak mahu disebabkan perkara tersebut berlaku terhadapku, aku terkontang-kanting, hidup tak tentu arah, hidup dalam alam maya, hidup dalam kepura-puraan, hidup dalam kegelisahan. Azam tahun baru ni. Aku nekad akan fokus kepada hidupku, pelajaranku, kuliahku, solatku, keluargaku, dan yang paling penting kepada ALLAH. InshaALLAH...Tahun 2013 ni sungguh bermakna kepada ku...membuka lembaran baru dan hidup nyaman...kenangan pahit atau manis akan ku semat didalam jiwaku. Aku akan membawanya hingga aku ni menjadi seorang insan yang berguna kepada mak, bapak dan keluargaku. Aku sangat-sangat menyayangi mereka semua. Di UNIMAS ini jugalah telah membuatkan hidupku berubah. Di sini aku mengharungi cabaran dari segi fizikal dan mental. Ditambah pula aku berjauhan dengan ahli keluargaku. Walaupun payah tetap aku harungi jua. Semester 3 ni membuatkan diriku sungguh bererti sekali. Aku kehilangan insan yang sungguh bermakna dan berti buat diriku. Tapi tidak mengapa. Mak sentiasa di sisiku selain ALLAH. Mak jugalah temanku berbicara ku kini. Aku tidak bersendirian.

Kini...
Aku hanya bertemankan sepi...
Tapi bagi ku sepi ni pengubat hatiku yang lara...
Diiringi alunan lagu...
Hidup di Sarawak ni membuatkanku lebih hidup berdikari sebelum aku menempuh dunia pekerjaan diluar sana...
Akan ku bina sebuah kehidupan ku...
Melangkah satu-persatu membina kehidupan yang sungguh mencabar bagiku...



*hamba insan yang kerdil



No comments:

Post a Comment